INDEX:KLSE   Indeks KLCI Bursa Malaysia
Minggu lepas, KLSE masih lagi di bawah EMA 200, 50 dan 20. Cuba membuat lantunan pada awal minggu dan mengalami tekan jualan. Urusniaga pada hujung minggu agak bercampur-campur tapi bar HIGH telah menyentuh EMA 20. Minggu hadapan, EMA 20 menjadi tahap rintangan yang harus KLSE hadapi. Jika berjaya, KLSE boleh dikatakan akan terus membuat kenaikan.

Parabolic SAR pun telah menunjukkan akan berlaku Bull pada minggu ini, tapi pada Bar agak pendek dan bercampur-campur. Ini adalah kerana tiada jumlah volume yang banyak masuk. Hanya Pelabur Runcit sahaja yang aktif dalam pasaran. Pelabur institusi dan Pelabur luar masih memerhati situasi KLSE. Tiada Catalist yang merangsang untuk jerung-jerung ini masuk. Walaupun berita baik untuk beberapa stok di keluarkan, masih belum memberi tujuhan yang memberangsankan.

Minggu lepas agak menguji sokongan 1500 mata. Tahap sekologi yang perlu di ambil perhatian. Hujung urusniaga, KLSE cuba kembali di atas 1500 mata ini. Signal Parabolic SAR menunjukkan kemungkinan KLSE terus di atas 1500 mata dan akan menguji tahap rintangan 1532 mata.

Heiken Ashi(HA) pada hari ketiga menunjukkan warna hijau, menyokong akan KLSE akan membuat kenaikan pada minggu hadapan. RSI pun telah memantul dari garis 30% dan menuju ke 50%. Ini mengukuhkan lagi yang KLSE akan membuat kenaikan. Diannggarkan kenaikan ini akan mula perlahan apabila sampai di hujung bulan Ogos dan dia menanti kepastian POLITIK negara.


Sekian.
Pernyataan Penyangkalan

Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.