NASDAQ:CTSH   Cognizant Technology Solutions Corporation
Saham syarikat Cognizant Technology Solution dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Jika diperhatikan pergerakan harga pada selang masa mingguan dilihat membentuk corak carta segitiga menaik
Harga dilihat masih lagi bergerak di dalam fasa mendatar mematuhi corak carta berkenaan
Candlestick dilihat tutup dengan membentuk candle 'morning star' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga menunjukkan kekuatan memecahkan corak carta
Rintangan terdekat seterusnya dilihat berada sekitar tanda harga 75.00 USD sekiranya harga hendak membuat kenaikan
Namun selagimana harga belum memecahkan corak carta berkenaan, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Pernyataan Penyangkalan

Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.