Saham syarikat Boustead Holdings Bhd dilihat bergerak menurun sejak beberapa hari dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang masa harian dilihat seakan membentuk puncak tinggi berganda Volum juga dilihat berkurang tatkala harga membuat tinggi baharu menunjukkan kurangnya minat belian Petunjuk RSI mingguan pula dilihat membentuk 'divergence'' tidak selari dengan pergerakan menaik harga (tidak ditunjukkan) Bagaimanapun lilin dilihat sedang bertahan di berdekatan sokongan dinamik MA20 mingguan dan MA50 harian (tidak ditunjukkan) Selagimana sokongan corak carta belum dipecahkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Ke manakah halatuju harga? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.