Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, YONGTAI lebih banyak mencatatkan kerugian daripada keuntungan. Hasil (revenue) YONGTAI juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -54.01% dan -37.37%. - Dari sudut Teknikal, awalnya YONGTAI membentuk ascending triangle kemudian breakdown dengan tutup di bawah MA 50 dan MACD juga turun ke bawah paras 0. Keadaan ini menjadikan YONGTAI berada dalam keadaan downtrend. - Ketika harga di bawah MA 50, berlaku 'strong' bullish divergence dimana stochastic RSI menunjukkan peningkatan tetapi harga menurun. - Kemudian, harga terus menaik dan BDTL. MACD juga telah cross up ketika ini. - Harga terus menaik dan berjaya tutup di atas MA 50. MACD juga ketika ini berada di atas paras 0. - YONGTAI berpotensi meneruskan kenaikan jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan MACD mampu mendaki sepenuhnya ke atas paras 0.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. * YoY = Year over Year. * Breakdown = Jatuh ke bawah. * BDTL = Break DownTrend Line. * Rebound = Harga melantun ke atas. * Reversal = Bertukar arah. * Untuk maklumat tambahan mengenai 'ascending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.