Analisa Trader Bilis : Emas (Komoditi) - Kaedah Pemetaan untuk mencari entri pada minggu 2 - 6 Ogos 2021

Teknik : S&D + S&R
Zon Permintaan : Kotak biru (Bawah)
Zon Penawaran : Kotak biru (Atas)
Zon Rintangan Menjadi Sokongan : Kotak hijau
Zon Sokongan Menjadi Rintangan : Kotak merah

Nota:
Kita akan memetakan pelan pelaburan untuk tempoh seminggu hadapan berdasarkan data pada minggu sebelum nya. Namun kita bertuah sebab lilin Bulanan telah ditutup awal pagi tadi. Jadi ini amat-amat membantu untuk menjangka pergerakan harga Mingguan atau Harian.

Berdasarkan penutupan harga Bulanan (Gambar 1), trend terkini dalam keadaan menurun disebabkan harga berjaya membuat harga terendah pada bulan Mac 2021 dan setakat ini harga gagal mencatatkan harga tertinggi berbanding harga tertinggi Januari 2021.

Kemudiannya kita akan mendapatkan data berdasarkan pergerakan harga Mingguan (Gambar 2). Trend masih sama iaitu trend menurun. Keadaan yang sama masih berlaku di Harian (Gambar 3). Oleh itu, kita mengandaikan bahawa pergerakan harga terkini secara keseluruhannya adalah dalam trend menurun. Data ini amat penting untuk kita memastikan entri major adalah berdasarkan trend manakal entri minor adalah bersifat sementara.

Setelah kita telah mendapatkan data yang cukup untuk jangkaan hadapan, barulah kita akan mencari peluang-peluang entri untuk minggu hadapan. Kita akan bermula dari selang masa 1Jam (H1). Kita akan memeta dengan menggunakan S&D dan S&R (Gambar 4). Bagi mengurangkan lagi risiko kerugian dan meningkatkan lagi paras untung, kita akan menurunkan selang masa kepada 15Minit (M15) seperti Gambar 5. Jadi zon kita akan lebih kecil dan risiko kita akan menjadi lebih rendah.

Terdapat 2 kaedah untuk membuat belian atau jualan iaitu kaedah Pesanan (PO) atau Segera seperti di bawah:
1. PO - meletakkan Pesanan Belian Terhad/Jualan Terhad di dalam zon permintaan (Belian Terhad)/zon penawaran (Jualan Terhad). Seperti Gambar 6 (Belian Terhad pada 1810.29); atau
2. Segera - menunggu harga masuk ke dalam zon dan membentuk zon baru yang sama dengan zon asal (contohnya zon permintaan baru ke atas zon permintaan asal), segera membuat Belian. Dan sebaliknya Jualan apabila zon pernawaran baru dibentuk. Seperti Gambar 7 (Belian Segera pada 1811.48).

Gambar ke 8 adalah entri pada 30 Julai 2021. Alhamdulillah. Insha Allah pada perkongsian seterusnya akan tunjukkan bagaimana Pelan Pengurusan Modal bermula USD10 hingga USD1,000+ dalam tempoh 20 hari atau 20 kali entri.

Mudahkan teknik pelaburan. Cuba kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko & Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya!

-TAYOR-
Chart PatternsTrend Analysis

Pernyataan Penyangkalan