Tarif Bermula, apakah selepas ini? Ketidakpastian dalam Pasaran!

Minggu lepas, tariff keatas $34 billion dollar Amerika barangan yang diimport dari China bermula dan China telah membalas dengan mengenakan tariff keatas $34 billion barangan yang dibawa masuk dari Amerika. Minggu ini tiada perbincangan antara Amerika dan China dalam jadual rasmi kerajaan masing-masing.

Persoalannya sekarang, Trump telah mengugut akan mengenakan tariff ketas barangan dari China yang lain jika China membalas Tariff yang Amerika buat. Tahun lepas, Amerika mengimport $505.6 billion dari China berbanding China mengimport sebanyak $130.4 billion dari Amerika,

Matematik ini agak mudah. oleh kerana Amerika mengimport lebih banyak, China tidak akan dapat membalas keatas setiap tariff yang dikenakan oleh Trump. China mungkin melemahkan matawangnya berbanding dollar untuk melawan kesan Tarif dari Amerika..

Perhatikan USDCNY selalu, kerana ia proxy kepada pergerakan USDJPY dan matawang Asia lain seperti Ringgit, USDMYR

Untuk pasaran saham, ketidakpastian ini akan menggangu trend pasaran
Beyond Technical Analysis

Pernyataan Penyangkalan