TELADAN (Dua Garisan untuk Melawan Dua Petunjuk Penurunan)

Sektor:
- Property.

Idea analisis:
~Fundamental~
- TELADAN baru sahaja disenarai awamkan di Bursa Malaysia pada 16 Mac 2021.

~Teknikal~
- TELADAN masih berada di atas trend line dan meneruskan kenaikan dengan membuat HHHL.
- Terkini, muncul dua petunjuk yang menandakan harga akan membuat reversal:
1) Signal 'strong bearish divergence' daripada indikator stochastic RSI.
2) Candlestick shooting star.
- Adakah dua signal ini akan menamatkan riwayat kenaikan TELADAN?
- TELADAN perlu bertahan di atas dua paras support bagi melawan dua petunjuk reversal ini:
1) Trend line (rujuk garisan trend berwarna biru).
2) RBS pada paras harga RM 0.695.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas dua paras support ini, TELADAN berkemungkinan akan meneruskan penurunan sehingga ke support seterusnya pada paras harga RM 0.645.

Nota kaki:
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
bearishdivergencehhhlhigherhighhigherlowRBSreversalShooting StarSupport and ResistanceTELADANTrend AnalysisTrend Lines

Juga di:

Publikasi terkait

Pernyataan Penyangkalan