Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, keuntungan RUBEREX dalam keadaan trend menaik dan dilihat sangat memberangsangkan. Keuntungan RUBEREX QoQ dan YoY masing² mencatatkan peningkatan sebanyak 1430.7% dan 1055.43%. Hasil (revenue) RUBEREX juga di dalam trend menaik dan meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 179.73% dan 86.75%. Fundamental RUBEREX secara keseluruhannya dilihat sangat baik dan cemerlang. - Dari sudut Teknikal, RUBEREX dilihat telah gap up kemudian BDTL dan berjaya tutup di atas MA 50 tetapi masih berada di bawah MA 200 menandakan RUBEREX masih downtrend untuk long term. - Sebelum ini, RUBEREX pernah juga gap up kemudian BDTL dengan volume yang lebih kurang seperti terkini tetapi tidak lama kemudian, RUBEREX meneruskan penurunan. History repeats itself? - NTA (Net Tangible Assets) bagi RUBEREX adalah RM 0.45 berbanding dengan harga semasa adalah RM 1.320. Jadi, RUBEREX sekarang masih over value dan berkemungkinan harga akan jatuh lagi sehingga ke paras RM 0.45. - Walaubagaimanapun, jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan support terbaru iaitu RM 1, kemungkinan reversal ini valid. Tetapi jika sebaliknya, kemungkinan kenaikan ini adalah technical rebound atau dead cat bounce semata.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum. * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya. * BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan. * Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend. * Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika sebelum meneruskan penurunan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.