Sektor:
- Trading & Services, Automotive, Auto Parts, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) meningkat QoQ tetapi menurun YoY.
- Dari sudut Teknikal, PECCA berada di atas MA 50 menunjukkan PECCA dalam keadaan uptrend.
- PECCCA juga beberapa kali telah rebound di atas MA 50.
- Pada 10 Februari, harga PECCA meningkat lebih tinggi dan berada semakin jauh daripada MA 50 dan mula jadikan EMA 7 sebagai support.
- Indikator MCDX Smart Money juga menunjukkan jerung atau operator semakin menolak harga untuk naik lebih tinggi. Keadaan ini amat berbahaya kerana pada bila² masa sahaja harga boleh drop atau jatuh dengan banyaknya.
- Jika harga mula menurun, perhatikan samada harga mampu pullback di atas fibo atau tidak. Jika tidak mampu, perhatikan samada harga mampu rebound di atas MA 50 seperti sebelum ini ataupun tidak.
- Jika tidak mampu juga, kemungkinan harga mula reversal kepada downtrend atau sideways.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Pullback = Harga jatuh seketika.
* Reversal = Bertukar arah.
* Garis penting fibo adalah 0.618, 0.5 dan 0.382 (rujuk support 1,2 dan 3 di carta).

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Exponential Moving Average (EMA)FibonacciFibonacci RetracementFundamental Analysisma50mac21mcdxMoving Averagespeccapullbackrebound

Juga di:

Pernyataan Penyangkalan