Assalamualaikum & selamat sejahtera; Kajian adalah berdasarkan market structure.Saya tidak membuat apa-apa pembelian memandangkan ketidaktentuan dalam pergerakan saham serantau terutamanya apabila dilihat daripada aksi harga (price action). Saya juga bukan peminat kepada sell strategi, jadi kajian ini adalah untuk membuat pemerhatian sehingga ada tanda pemulihan.
Analisis 1. Harga memecahkan trend dan menuju ke bawah. 2. Harga berada betul-betul diatas support semasa yang juga merupakan kawasan lower channel line. 3. Jangkaan kita akan melihat harga bergerak dalam channel (sdeways) sekiranya tiada lonjakkan ketara. 4. Sekiranya ada bukti kukuh (momentum up) kita menjangkakan harga akan mula berlegar di Upper channel 5. Sekiranya tiada petanda momentum, dijangka kenaikan akan berlaku paling jauh sehingga ke mid channel sebelum meneruskan penurunan untuk membentuk L yang baru.
Jangkaan awal kita market akan meneruskan penurunan. Masih belum ada bukti kukuh mengatakan market akan mengubah arah, jadi kita mungkin akan melihat sideway atau downtrend akan berlaku. Tidak digalakkan sangat untuk masuk atau hold. Sila sesuaikan dengan risiko masing-masing atau sebaiknya tunggu sehingga ada tanda-tanda untuk perubahan arah.
Semoga bermanafaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.