Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, keuntungan MESTRON YoY meningkat sebanyak 240.49% manakala hasil (revenue) pula menurun sebanyak -17.89%. MESTRON juga konsisten memberikan pelaburnya dividen dua tahun berturut² untuk tahun 2020 dan 2021 tetapi dividen yang diberikan pada tahun 2021 adalah lebih rendah berbanding dividen tahun 2020. - Dari sudut Teknikal, MESTRON berada di atas MA 200 menandakan MESTRON masih dalam keadaan uptrend untuk long term. - Sepanjang uptrend ini, MESTRON pada mulanya menunjukkan signal strong bullish divergence sebelum harga menaik. - Kemudian, muncul signal strong bearish divergence sebelum harga gap down. - Tidak lama selepas itu, harga mula menaik ke atas MA 20 dengan gap up. - Muncul sekali lagi signal strong bullish divergence tetapi harga tenang diposisi. - MESTRON meneruskan kenaikan dan sentiasa mencipta ATH yang baru dengan menjadikan mid BB sebagai dinamic support.
Nota kaki: * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun. * Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun tetapi stochastic RSI menaik. * Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands. * Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP). * ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai. * Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya. * Gap down = Harga dibuka rendah berbanding harga ditutup hari sebelumya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.