LTC (Tenang Diposisi)

513
Litecoin (LTC) masih mengekalkan momentum uptrend slow and steady sejak Oktober 2020. Mengikut teori, jika harga menaik dalam keadaan perlahan, ia juga akan menurun secara perlahan. Kenaikan LTC ini unik kerana berbeza dengan kripto² yang lain seperti BTC, ETH dan XRP yang membuat kenaikan parabolic. Kenaikan parabolic ini akan menjatuhkan harga dengan drastik juga. Dapat dilihat, kenaikan LTC ini disokong oleh dua paras sokongan (support):
1) Trend line (rujuk garis biru).
2) MA 50 (rujuk garis ungu).

Stochastic RSI pula boleh dijadikan signal rebound bagi LTC. LTC dilihat rebound di atas trend line @ MA 50 apabila stochastic RSI cross up di paras oversold (rujuk garisan menegak berwarna hijau).

Nota kaki:
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.

Pernyataan Penyangkalan

Informasi dan publikasi ini tidak dimaksudkan, dan bukan merupakan, saran atau rekomendasi keuangan, investasi, trading, atau jenis lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Ketentuan Penggunaan.