Carta Mingguan Indeks KLSE

Carta indeks menunjukkan mata berada pada paras sokongan yang kuat pada mata 1659. Ini menunjukkan mata kemungkinan akan naik sehingga paras 1708 pada beberapa bulan akan datang. Terdapat juga keadaan ketidak seimbangan penurunan mata apabila mata menjauhi indikator smoke. Seperti keadaan indeks sebelum ini, kita dapat lihat di mana sekiranya mata indeks menjauh indikator smoke, ia akan kembali semula dekat dengan indikator smoke, keadaan ini selalunya dipanggil sebagai "oversold". sekiranya mata dapat naik, ia kemungkinan akan pergi kepada paras 1708. Sekiranya mata melepasi paras rintangan tersebut, ini akan meningkatkan lagi sentimen pembelian dalam KLSE and akan melonjakkan lagi sehingga memecahkan paras rintangan yang membentuk tiga segi, rujuk pada carta di atas. Pada pemerhatian saya dari sudut fundamental, dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, ia menyebabkan kebanyakan para pelabur untuk mengambil langkah selamat dengan tidak memperdagangkan duit dengan banyak, dan keadaan ini menyebabkan market makin membeku. Pada setakat ini, tiada lagi tanda atau berita besar yang berkaitan dengan pengukuhan ekonomi dunia. Oleh itu sekiranya mata jatuh di bawah 1659, ia akan jatuh sehingga paras sokongan yang baru iaitu pada paras 1615. Sekiranya ini berlaku, dinasihatkan para pelabur tidak membuat pelaburan yang besar sehingga ekonomi pulih seperti biasa.

Sekiranya anda mempunyai pandangan yang menarik dan ingin berkongsi, sila komen dan like pada kolum yang disediakan.

sekian, terima kasih
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Pernyataan Penyangkalan