Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, JAG dilihat tidak konsisten membuat keuntungan. Walaupun begitu, JAG mula membuat keuntungan konsisten untuk lima quarter terbaru berturut². Keuntungan YoY adalah sebanyak 177.03%. Hasil (revenue) juga meningkat QoQ sebanyak 23.3% dan YoY sebanyak 14.11%. - Dari sudut Teknikal, JAG dilihat sudah dua kali rebound di atas trend line. Ini dibuktikan oleh stochastic RSI yang cross up di paras oversold. - Sebelum rebound kali kedua, JAG pullback dahulu sehingga ke garisan trend kerana muncul signal weak bearish divergence. - Boleh jadikan trend line ini sebagai support dan jika harga tidak mampu bertahan di trend line ini, support seterusnya adalah pada RM 0.335.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. * YoY = Year over Year. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan. * Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI mendatar.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.