Idea analisis:
- Wahed FTSE USA Shariah ETF (HLAL) merupakan salah satu daripada empat aset pilihan Wahed Invest.
- Pergerakan HLAL sangat menarik untuk diperhatikan.
- HLAL sekarang berada di dalam wave / gelombang pusingan ketiga.
- Setiap pusingan gelombang ini mempunyai struktur masing² iaitu 1-2-3-4-5-A-B-C.
- Dua pusingan gelombang telah berjaya dilengkapkan dan kini HLAL berada di wave 1 dalam gelombang pusingan ketiga.
- Wave 1 ini pula mempunyai sub wave yang terdiri daripada i-ii-iii-iv-v.
- HLAL berpotensi melengkapkan wave v dengan menuju ke fibonacci extension 161.8% iaitu pada paras harga USD 39.

Nota kaki
- Penulis menggunakan konsep Elliott Wave (EW) dengan menggunakan dua tools iaitu fibonacci extension dan fibonacci extension.
- Bagi memudahkan kefahaman, penulis membahagikan setiap pusingan gelombang mengikut warna:
1) Gelombang Pusingan Pertama diwarnakan dengan warna hitam / kelabu.
2) Gelombang Pusingan Kedua diwarnakan dengan warna hijau.
3) Gelombang Pusingan Ketiga diwarnakan dengan warna ungu.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Elliott WaveFibonacciHLALjun21Trend Analysiswahedinvest

Juga di:

Publikasi terkait

Pernyataan Penyangkalan