Selepas FBMKLCI breakdown symmetrical triangle, indeks jatuh sehingga ke dua paras support iaitu 'paras classical support (1560 - 1570 mata) dan 'paras dinamic support' (MA 200). Muncul candle morning star menunjukkan indeks akan membuat reversal di atas dua support ini. Namun, indeks tidak mampu meneruskan kenaikan dan sekali lagi berlegar² di atas dua paras support ini.

Berkemungkinan ramai pelabur sudah cabut lari untuk beraya. Mungkin ramai yang take profit untuk buat duit raya. Namun, di sebalik kegembiraan ini, berkemungkinan juga ramai yang cut loss untuk memberikan duit raya kepada Bursa Malaysia. Jangan marah ya ✌️

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf salah silap sepanjang saya menerbitkan idea menggunakan platform Trading View ini. Sekiranya anda ada cadangan atau komen, boleh tuliskan di bahagian komen. Terima kasih kepada semua yang mengikuti idea saya sehingga ke hari ini. Anda memang terbaik 👍👍👍

Nota kaki:
* Breakdown = Indeks jatuh dan memecahkan support.
* Reversal = Indeks bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, indeks membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam Saham

* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support, classical support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance
aidilfitriBeyond Technical Analysisbreakdownfbmklcima200Morning StarRAYAreversalselamatharirayaSupport and ResistanceSymmetrical TriangleTrend Lines

Juga di:

Publikasi terkait

Pernyataan Penyangkalan