Analisa Teknikal • FBMKLCI jatuh 7.39 mata dan menutup lebih rendah di 1,880.36. Sentimen pasaran pula dilihat negatif dengan 216 kaunter menaik berbanding 711 kaunter menurun, dan 351 kaunter tidak berubah. • Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari ini gagal untuk meneruskan keadaan menaik ( Bullish ) dan masih lagi meneruskan kejatuhan. Indeks dilihat dibuka dengan positif sebelum membuat kejatuhan dan terus dalam posisi negatif sehingga pasaran ditutup. • Indikator momentum dilihat seperti Stochastic hampir keluar daripada aras terlebih beli (baca:overbought) dan menunjukkan potensi jangka pendek untuk ke bawah. MACD masih lagi positif walaupun momentum sedikit berkurangan. • Kita jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,873 (S1) dan sekiranya berjaya dipecahkan, aras sokongan seterusnya berada di 1,840 (S2). • Arasa rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2).
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.