• Pasaran saham positif hari ini dan menutup lebih tinggi pada aras 1,777.13, naik 21.99 point (1.25%). Kaunter menaik sebanyak 716 kaunter berbanding 267 kaunter menurun, dan 364 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 3.503 billion dan nilai saham sebanyak 3.021 billion. • Indeks hari ini lebih cemerlang dan berdagang di atas aras sokongan. Indeks berjaya menembusi sedikit aras rintangan yang terdahulu dan kita berharap indeks akan terus berdagang lebih tinggi meneruskan kenaikan. Kita jangkakan indeks akan terus menaik menghampiri aras rintangan 1,815. Walau bagaimanapun, sekiranya indeks berpatah balik, aras sokongan 1,720 dijangkakan akan terus bertahan. Momentum indikator menunjukkan petanda "bullish". Indikator Ichimoku pula menunjukkan "bearish" yang lemah. • Aras sokongan diletakkan aras harga 1,720.00 • Aras rintangan pula pada aras 1,815.00
Nota: Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.