ELSOFT Bergelut Untuk Graduasi Daripada Saham Sen

Diupdate
Elsoft, kelihatan bergelut untuk keluar daripada kategori saham sen (saham bawah RM1). Secara keseluruhan, saham semikonduktor yang terdapat dalam pasaran saham Malaysia, kebanyakan telah melepasi harga RM1 kecuali beberapa kaunter termasuk Elsoft.

Sektor semikonduktor yang agak melemah pada bulan febuari ini dilhat kerana faktor penggiliran sektor setelah market diambil alih oleh sektor komoditi, besi serta minyak dan gas, membuat kebanyakan sektor semikonduktor

ANALISA FUNDAMENTAL

1. Elsoft dalam kategori ATE iaitu Atomated Equipment Test, iaitu melakukan pengujian ke atas peralatan elektronik yang melibatkan automatif, Lampu LED dan juga melakukan pengujian ke atas panel solar.
2. Boleh dikategorikan dalam syarikat yang mencatatkan keuntungan dari suku ke suku QR.
3. Tiga QR terakhir mencatatkan peningkatan keuntungan:
Q1 20 mencatat keuntungan 0.1juta, 2.5% daripada 4.3juta pendapatan.
Q2 20 mencatat keuntungan 1.2juta, 27.4% daripada 4.2juta pendapatan.
Q3 20 mencatat keuntungan 2.8juta, 58.2% daripada 4.7juta pendapatan.
4. Dengan peningkatan 3 QR terakhir berturut-turut, dijangka ia dapat meneruskan peningkatan disamping sektor semikonduktor yangmampu menjadi pemangkin kepada kenaikan harga saham.


ANALISA TEKNIKAL

1. Harga saham Elsoft sekarang 0.925 dilihat kini bergelut untuk melepasi rintangan besar untuk saham sen iaitu harga RM1.
2. Dari segi pergerakan harga, ia dilihat cuba menembus harga 1.00 sebanyak beberapa kali dan pernah mencecah harga tertinggi pada 1.04 namun tertarik semula ke bawah.
3. Percubaan ini berlaku sejak 13 Januari yang lepas telah membentuk Segitiga Simetri. Kelihatan ia akan mampu memecah harga 1.00 sekiranya pembentukan segitiga itu telah sempurna pada hujungnya dan dapat dibantu dengan volum yang kuat pada akhir segitiga.
4. Dari segi volum, dapat dilihat Pembeli masih menguasai saham berbanding penjual. Ia kelihatan mampu untuk ditolak ke atas.
5. RSI juga sudah menghampiri 50, kemungkinan boleh meneruskan mmentum trend saham.
6. RSI Stoch juga sudah berada dalam zone oversold, kemungkinan bersedia untuk memulakan momentum larian.

Khairul Hafiz
Catatan
Elsoft tidak berjaya untuk Break Out corak segitiga setelah mencatatkan keputusan Q4 20 dengan mencatatkan kerugian sebanyak 3.3juta membuatkan tekanan jualan berlaku pada hari berikutnya. Ia menyebabkan harga saham jatuh gap down sebanyak 7sen setengah dan terus turun lagi pada hari berikutnya, membuat Break Down corak carta segitiga tersebut.
bursabursamalaysiacarrollapiezELSOFTFundamental AnalysisTechnical IndicatorsmalaysiasahamsahammalaysiaTrend Analysis

Pernyataan Penyangkalan