Sektor: - Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors.
Idea analisis: ~Teknikal~ - DNEX sebelum ini membuat BB squeeze kemudiannya breakout dan membuat kenaikan parabolic dengan menjadikan mid bb sebagai dinamic support. -Kemudian muncul signal 'weak bearish divergence' menolak harga jatuh kebawah sehingga harga jatuh di atas lower bb. - Kemudian muncul signal 'strong bullish divergence' menaikkan semula harga ke atas. - Harga mula rebound dan breakout mid bb dengan volume yang signifikan. MACD juga cross up sehingga naik ke atas paras 0 - Jika harga mampu bertahan di atas mid bb, DNEX berpotensi menuju ke paras harga RM 1.030. - Signal divergence juga boleh diperhatikan kerana dua signal divergence sebelum ini memberi impak yang besar kepada pergerakan harga.
~Fundamental~ - iSaham mengkategorikan syarikat DNEX sebagai 'negative earnings'. Anda tidak disarankan untuk membeli saham ini jika anda belum mahir cutloss. - Keuntungan DNEX menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -65.43% dan -111.25%. - Perolehan DNEX juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -29.17% dan -22.52%.
Nota kaki: * Bollinger Squeeze = Bollinger bands yang merapat disebabkan harga mula bergerak sideways / mendatar. * Lower BB = Lower Bollinger Band yang merupakan garisan bawah bagi bollinger bands. * Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands. * Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP). * Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI mendatar. * Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik (higher low). * Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.