naimmp98

BTC (Telur di Hujung Tanduk)

BITFINEX:BTCMYR   None
Nyawa Bitcoin (BTC) betul² berada di hujung tanduk. Sebelum ini, fasa kenaikan BTC disokong oleh support dinamik iaitu MA 50 (rujuk garisan ungu). Fasa kenaikan atau uptrend untuk mid term ini berakhir apabila BTC baru² ini jatuh di bawah MA 50. Setelah jatuh di bawah MA 50, BTC dilihat retest di garisan MA 50 sebelum meneruskan penurunan.

Terkini, BTC berada di atas dua garisan penting iaitu RBS (RM 167k - RM 177k) dan MA 200 (rujuk garisan hitam). Jika harga tidak mampu bertahan di atas MA 200, BTC dianggap reversal kepada downtrend untuk long term. Ketika penulisan ini, BTC telah menyusut sebanyak 37% sejak 14 April.

Nota kaki:
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

Pernyataan Penyangkalan

Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.