Lembaga pengarah Bonia Corp Bhd telah menerima pakai polisi dividen untuk membayar sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan disatukan selepas cukai yang boleh diagihkan kepada pemegang saham yang tersedia pada setiap tahun kewangan. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Bonia berkata polisi baharu itu akan bermula dari tahun kewangan berakhir 2023. Ia berkata pengisytiharan dividen interim dan/atau pengesyoran dividen akhir adalah tertakluk kepada pengesahan Lembaga Pengarah dan mana-mana undang-undang yang terpakai dan kewajipan kontrak dengan syarat pengagihan tersebut tidak akan memudaratkan keperluan tunai syarikat atau kepada mana-mana pelan yang diluluskan oleh lembaga. Ia menambah bahawa sebarang dividen akhir untuk tahun kewangan adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham.

Berdasarkan pada Carta 4 jam menunjukkan Corak Candlestick Tweezer Bottom & sebelum membetuk corak candlestick Histo warna pink menipis dan membuat perubahan trend bear ke bull.

PENAFIAN :

Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Berdagang di atas risiko anda sendiri.
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Juga di:

Pernyataan Penyangkalan