AR dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu menguji kekuatan sokongan dan rintangan
Harga pada minggu dagangan terkini dilihat tutup berdekatan paras rintangan Jika dilihat sekilas pandang harga dilihat seakan membentuk corak carta 'double top' Petunjuk RSI mingguan juga dilihat rendah berbanding puncak sebelumnya Meskipun begitu, volum belian dilihat semakin tinggi berbanding minggu-minggu sebelumnya Kedudukan EMA mingguan (tidak ditunjukkan) juga dilihat masih lagi dalam trend menaik Sekiranya harga membatalkan pembentukan corak carta, tidak mustahil harga akan naik menuju ke paras rintangan saluran Tidak mustahil juga harga akan menurun dan bertahan di atas paras sokongan membentuk trend pengagihan sebelum menunjukkan arah tuju sebenar
Menarik untuk diperhatikan
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.