Kami telah membolehkan anda mencipta carta dengan latar belakang gradien. Ini bermakna anda boleh menggabungkan dua warna untuk mencipta carta yang menarik and unik kepada anda. Contohnya, kami telah menggabungkan biru cerah dengan putih untuk mencipta latar belakang yang mudah dilihat.
Untuk bermula, ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1 - Buka Tetapan carta anda Langkah 2- Dalam tetingkap Tetapan, klik tab Paparan Langkah 3 - Tukar tetapan Latar Belakang kepada Gradien Langkah 4 - Pilih mana-mana dua warna
Carta dalam contoh ini menunjukkan harga Apple sejak IPO dengan menggunakan candlestick bulanan. Setiap candlestick menunjukkan perdagangan untuk sebulan. Kami menggunakan Apple kerana 9 tahun yang lalu, Steve Jobs meninggal dunia. Apple membuat banyak perubahan kepada sektor teknologi dan terutamanya seni pelaburan jangka panjang. Dengan melihat carta ini, anda boleh mempelajari sejarah harga lengkap bermula dari tahun IPO 1980 termasuk pelancaran produk dan peristiwa kewangan. Ia juga dipaparkan di salah satu latar belakang carta gradien baru kami.
Terima kasih kerana membaca tutorial ini dan kami berharap anda menikmati ciri gradien carta yang baru ini! Sila tinggalkan pertanyaan atau komen di bawah. Pasukan kami akan berusaha mengikuti dan membantu.
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.