Alcoa Corporation dilihat masih lagi bergerak dalam trend menaik mematuhi saluran kenaikan
Terkini harga dilihat membuat 'breakout' memecahkan tinggi 52 minggu sebelum ini Namun, terdapat beberapa faktor perlu diambil kira sebelum breakout ini dikatakan sah Pertama, petunjuk volum dilihat berada lebih rendah daripada volum purata ketika 'Lower High' sebelum ini terbentuk Volum secara keseluruhannya dilihat semakin berkurang berbanding volum dagangan harian Petunjuk RSI harian juga dilihat seakan membentuk 'regular bearish divergence' tatkala harga membuat 'Higher High' terbaru RSI mingguan pula dilihat sudah memasuki kawasan 'overbought' menguatkan kebarangkalian berlakunya pembetulan Walaubagaimanapun trend secara jangka masa panjang dilihat masih dalam keadaan menaik selagi mana saluran kenaikan dipatuhi
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Informasi dan publikasi tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan bukan merupakan saran keuangan, investasi, perdagangan, atau rekomendasi lainnya yang diberikan atau didukung oleh TradingView. Baca selengkapnya di Persyaratan Penggunaan.