1) Kaunter WCT paras sokongan terdekat adalah pada harga 0.660 dan paras rintangan terdekat adalah pada harga 0.860. Harga terkini didagangkan pada harga 0.800 dengan nisbah risk reward adalah lebih kurang 4:1.
2) Kaunter WCT menunjukkan minat belian dalam beberapa hari yang lepas dan kemasukan pembelian tertinggi pada 9 Januari lepas. Boleh dinyatakan trend pembelian ini mungkin akan berterusan dalam beberapa hari lagi.
3) Paras MA20 adalah pada harga 0.690, ini menunjukkan kaunter ini berada dalam mod uptrend bagi midterm level.
4) Bagi long term level, MA50 adalah pada harga 0.720 dan ini juga boleh dinyatakan bahawa kaunter ini berada dalam mod long term uptrend.
5) Indikator momentum dan trend MACD juga menunjukkan petanda positif dengan garisan MACD dan signal telah melepasi paras 0 dan mencapah keatas. Ini menunjukkan kaunter ini boleh dan bakal naik lagi ke atas.
6) Indikator stochastic berada pada paras lebih 75% dan ini menandakan pada paras overbought.
7) Indikator bollinger band juga menunjukkan harga terkini telah melepasi upper bollinger band.
8) Maka, ada kemungkinan kaunter ini akan retrace sedikit dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.
9) Para traders/investors yang menggemari sektor pembinaan, boleh masukkan kaunter ini dalam watchlist masing masing dan monitor untuk beberapa hari ini..Soalan sebenar yang perlu ditanya adalah, Will you Catch This counter?
Trend Analysis

Pernyataan Penyangkalan